UiDA (Utiliti Infrastruktur Darul Aman) ialah agensi yang mengurus dan menyelaras kerja-kerja pengesanan utiliti, pemetaan utiliti bawah tanah, serta ulasan teknikal bagi projek di Negeri Kedah.
UiDA mengendalikan permohonan penyediaan pelan utiliti, izin lalu, ulasan teknikal, serta penyelarasan kerja-kerja utiliti bersama agensi berkaitan.
Pemohon terdiri daripada pemilik projek, perunding kejuruteraan, kontraktor, atau mana-mana pihak yang melaksanakan kerja di kawasan melibatkan utiliti.
Ya, UiDA menyelaras utiliti seperti TNB, SADA, IWK, dan GAS MALAYSIA
Ya, bagi projek yang melibatkan jajaran utiliti atau kawasan rizab, permohonan kepada UiDA adalah wajib.
Tempoh bergantung jenis permohonan, namun secara umum antara 3 HARI SEHINGGA 5 HARI BEKERJA.
Ya, pemohon perlu menyerahkan laporan cadangan teknikal, jajaran cadangan dan dokumen sokongan untuk semakan awal.
Ya, lawatan tapak akan dijalankan bagi tujuan pengesahan utiliti.
Ya, semua keputusan permohonan akan dikeluarkan melalui surat rasmi UiDA.
Ya, pemohon boleh memohon pembatalan melalui pemohonan surat sebelum proses kerja dimulakan.
Alamat rasmi UiDA adalah di Level 3, Souq Albukhary, Jalan Tun Razak 05250 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Ahad sehingga Rabu 8:30 Pagi sehingga 5:30 Petang manakala Khamis 8:30 Pagi sehingga 4:00 Petang
Bagi bahagian Operasi, pemohon boleh menghubungi di talian 011 1616 6090 dan email info@uida.com.my. Bagi bahagian Korporat UiDA, pemohon boleh berhubung melalui stracorp@uida.com.my . Bagi bahagian Pentadbiran dan Kewangan, pemohon boleh menghubungi 011 1565 6090 dan email hr@uida.com.my .
Pembayaran RM200 bagi ID PEMOHON hanya dibayar SEKALI SAHAJA. Manakala RM100 bagi ID PROJEK bagi setiap permohonan UTILITI.
Selaku Penyelaras Koridor Utiliti Negeri, UiDA adalah pemegang permit sebenarnya sepertimana yang dimandatkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.