feature-image1

Welcome to UIDA Online

feature-image2

Nadi Pembangunan Negeri

Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd memastikan perancangan dan perlaksanaan infrastruktur utiliti dilaksanakan secara tersusun serta memenuhi keperluan pembangunan masa depan.

feature-image3
About-Image

Ucapan Aluan Pengerusi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd (UiDA) atas peranan serta komitmen berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan infrastruktur dan penyampaian perkhidmatan utiliti asas di Negeri Kedah. Inisiatif ini merupakan tunjang penting kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.

Saya yakin UiDA akan terus memperkukuhkan keupayaan organisasinya melalui penerapan inovasi, peningkatan kecekapan operasi serta amalan tadbir urus yang telus dan berintegriti, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah ke arah menjadikan negeri ini lebih maju, berdaya saing dan sejahtera.

Sehubungan itu, UiDA diharap dapat terus memperluaskan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan bagi memastikan setiap inisiatif utiliti yang dilaksanakan memberikan impak yang menyeluruh dan mampan.

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja UiDA atas komitmen dan dedikasi tinggi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga laman web ini menjadi medium rujukan dan komunikasi yang berkesan kepada semua pihak.



Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
Pengerusi Lembaga Pengarah
Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd





About-Image

Ucapan Aluan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web rasmi Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd (UiDA).

Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang ditubuhkan bagi merancang, menyelaras dan mengurus pembangunan infrastruktur utiliti negeri secara sistematik, bersepadu dan mampan. Penubuhan UiDA mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan utiliti yang cekap, selamat dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat serta pertumbuhan ekonomi negeri.

Seiring dengan mandat yang diberikan, UiDA komited untuk memperkukuh kecekapan operasi, tadbir urus korporat yang baik serta penerapan inovasi dan teknologi moden dalam pengurusan infrastruktur utiliti. Pendekatan ini bertujuan memastikan keperluan semasa dapat dipenuhi, di samping menyediakan asas yang kukuh bagi menghadapi cabaran pembangunan masa hadapan.

UiDA percaya bahawa kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, penyedia utiliti dan pihak berkepentingan merupakan elemen penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berimpak tinggi. Dengan sokongan tenaga kerja yang kompeten dan berintegriti, kami akan terus memperkasa peranan UiDA sebagai pemudah cara pembangunan infrastruktur utiliti negeri.


Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada UiDA, selaras dengan moto syarikat, “Nadi Pembangunan Negeri”. Semoga laman web ini menjadi medium rujukan yang berinformasi serta platform komunikasi yang efektif kepada semua pihak berkepentingan.


Sekian, terima kasih.

Ir. Ahmad Taufik bin Radzi
Ketua Pegawai Eksekutif
Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd




Pasukan Kami

One Stop Agency (OSA)

Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan Agensi Penyelaras Koridor Utiliti Negeri Kedah melalui Syarikat Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd (UiDA) iaitu anak syarikat milik penuh MBI Kedah yang akan bertindak sebagai One Stop Agency (OSA) bagi pembangunan koridor utiliti di seluruh Negeri Kedah

Visi

Organisasi terunggul dalam menyediakan pengurusan dan pembangunan Infrastruktur Koridor Utiliti yang lebih efisen, bersepadu dan selamat bagi memenuhi keperluan masyarakat dan sektor perindustrian utiliti di Negeri Kedah.

Misi

Menyediakan pembangunan Infrastruktur Koridor Utiliti serantau yang lebih efisien, bersepadu dan berkesan, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat negeri Kedah amnya.

About-Image
2+ tahun pengalaman
Tentang Kami

UiDA - Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd

Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan Agensi Penyelaras Koridor Utiliti Negeri Kedah melalui Syarikat Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd (UiDA) iaitu anak syarikat milik penuh MBI Kedah yang akan bertindak sebagai One Stop Agency (OSA) bagi pembangunan koridor utiliti di seluruh Negeri Kedah

Hubungi Kami

Statistik pengunjung

13
Online
70
Hari Ini
74
Semalam
75063
Keseluruhan
1617
Paling Tinggi
UiDA Online

Pengenalan Sistem

Secara Atas Talian

Platform permohonan atas talian bagi kerja-kerja korekan utiliti bawah tanah

Pemantauan Secara Efisien

Meningkatkan kecekapan proses permohonan dan pemantauan projek

Data Integriti

Memastikan data permohonan kerja utiliti bawah tanah direkod, disimpan dan diuruskan secara sistematik dan selamat

Why Choose Us Image
Cepat & Boleh Dipercayai

Pasukan sokongan sentiasa bersedia dalam menguruskan permohonan anda.

Selamat

Selamat dalam permohonan dalam talian

Sokongan Pelanggan

Pasukan sokongan mesra kami sentiasa di sini untuk menjawab soalan anda.

Perkembangan Semasa

Berita Terkini

Service-Image
Bengkel Sistem Atas Talian: Uida Online Klik pada tajuk untuk baca

23 June 2026, UiDA telah menganjurkan Bengkel Sistem Atas Talian: UiDA Online bersama Pihak Berkuasa Melulus pada sesi pagi dan Pihak Berkuasa Tempatan pada sesi petang. Bengkel ini bertujuan memberikan penerangan mengenai fungsi dan aliran kerja sistem UiDA Online serta demonstrasi penggunaan bagi memastikan proses pelaksanaan dan pengendalian sistem dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, cekap dan berkesan oleh semua pihak yang terlibat. UiDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini.

Service-Image
Hit The Road: Kolaborasi Strategik Uida Bersama Majlis Daerah Baling (Mdbg) Klik pada tajuk untuk baca

23 June 2026, UiDA telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak MDBG bagi memperkukuh kerjasama dalam pengurusan dan penyelarasan pembangunan infrastruktur utiliti di Negeri Kedah. Antara perkara yang dibincangkan termasuk statistik permohonan utiliti berdaftar bagi tahun 2025, laluan dan jajaran kritikal projek utiliti serta pengenalan ringkas Sistem UiDA Online sebagai platform pengurusan permohonan yang lebih cekap dan sistematik. Diharapkan sesi ini dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memastikan pelaksanaan projek utiliti berjalan dengan lebih terancang, teratur dan berkesan.

Service-Image
Kunjungan Hormat Bersama Permodalan Kedah Berhad Klik pada tajuk untuk baca

8 June 2026, Utiliti Infra Darulaman Sdn. Bhd. (UIDA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan mengadakan sesi perbincangan bersama Puan Muzzaini Binti Abd Rahman, Pengurus Besar. Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah Mohd Hamiz Bin Redzuan, Penolong Pengurus Operasi dan Muhammad Syazmi Aiman Bin Abd Razak, Eksekutif. Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama yang dapat menyokong agenda pembangunan dan kemajuan Negeri Kedah.

Service-Image
Kunjungan Hormat Utiliti Infra Darulaman Bersama Mada Klik pada tajuk untuk baca

8 May 2026, Satu sesi kunjungan hormat, Utiliti Infra Darulaman telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(MADA) bagi membincangkan hala tuju penggunaan Rezab MADA sebagai laluan infrastruktur utiliti di seluruh negeri Kedah. Kunjungan ini merupakan platform perbincangan strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama serta menyelaras pelaksanaan pembangunan infrastruktur utiliti di negeri Kedah agar dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, efisien dan berimpak tinggi. Sesi perbincangan turut disertai oleh Pengurus Besar MADA, Zulkifli Bin Romli, yang memberi penekanan terhadap aspek penyelarasan dan pemanfaatan Rezab MADA secara optimum bagi menyokong keperluan pembangunan infrastruktur utiliti negeri. Pihak Utiliti Infra Darulaman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atas kesudian menerima kunjungan serta perbincangan yang konstruktif ini. UiDA komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan agenda pembangunan utiliti yang mampan dan berdaya saing di negeri Kedah dapat direalisasikan.

Service-Image
Kunjungan Hormat Utiliti Infra Darulaman Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Klik pada tajuk untuk baca

12 May 2026, Kunjungan Hormat Utiliti Infra Darulaman yang diketuai oleh Ir. Ahmad Taufik Radzi ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah disambut oleh Dato’ Seri Haji Iskandar bin Dato’ Seri Haji Kaus. Pertemuan ini menjadi medan perbincangan dua hala yang konstruktif dalam memperkukuh hubungan serta meneroka peluang kerjasama strategik bagi memperkasa pembangunan di Langkawi.

Service-Image
Board Director Meeting Klik pada tajuk untuk baca

Board Director Meeting Bil. 04/(2/2025) telah berlangsung dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Pelbagai perkara penting berkaitan tadbir urus, hala tuju strategik dan pembangunan infrastruktur negeri telah dibincangkan. UiDA kekal komited dalam mendokong aspirasi kerajaan negeri ke arah pembangunan yang mampan dan efisien. Ahad, 13 Julai 2025

Service-Image
KUNJUNGAN HORMAT UiDA KE LADA Klik pada tajuk untuk baca

Pada 17 Jun 2025, UiDA telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat LADA dan disambut oleh En. Jefry Fandy dari Bahagian Perancangan. Pertemuan ini membincangkan peluang kerjasama strategik dalam perancangan utiliti di Langkawi.

Service-Image
Kunjungan Hormat UiDA bersama YDP MPLBP Klik pada tajuk untuk baca

Pada 16 Jun 2025, UiDA telah mengadakan kunjungan hormat bersama YBhg. Encik Mohd Hamri bin Abidin, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP). Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dalam pelaksanaan projek utiliti di Langkawi. UiDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra dan komitmen yang diberikan oleh pihak MPLBP.

Service-Image
Kunjungan Hormat & Penyerahan Zakat Perniagaan Klik pada tajuk untuk baca

Pada 26 Oktober 2025, Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd (UiDA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Ibu Pejabat LZNK, Alor Setar. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara UiDA dan LZNK serta menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM82,500.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) sebagai tanda tanggungjawab sosial korporat syarikat dan komitmen terhadap pembangunan negeri Kedah.

Service-Image
Kunjungan Hormat Suruhanjaya Tenaga ke Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd Klik pada tajuk untuk baca

Pada 23 Oktober 2025 (khamis) , Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd (UiDA) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) di pejabat UiDA. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak serta membincangkan hala tuju dan kerjasama dalam mempertingkat kecekapan, kebolehpercayaan dan kelestarian sistem tenaga di negeri Kedah.

Service-Image
SESI PERBINCANGAN HALA TUJU PERKONGSIAN DATA UTILITI Klik pada tajuk untuk baca

15 Oktober 2025 | 📍JUPEM Kedah, Kulim. Telah berlangsung Sesi Perbincangan Hala Tuju Perkongsian Data Utiliti antara JUPEM Kedah dan Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd (UiDA). Sesi ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam perkongsian data utiliti bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penyelarasan maklumat antara agensi.

Langkah - Langkah Permohonan

Proses Perlaksanaan

Process-Image 01

Lawatan Tapak

Lawatan tapak oleh pemohon, UIDA dan PBM.

Process-Image 02

Kelulusan Permit Kerja Korekan

Semakan oleh UIDA dan PBM bagi mengeluarkan Permit dan Surat Mula Kerja.

Process-Image 03

Kerja - Kerja Korekan

Kerja - Kerja Korekan Oleh Permohon/Kontraktor dan pengeluaran Notis Siap Kerja serta Permohonan CPC.

Process-Image 04

Tamat Kerja dan Permit

Pengeluaran As-Built, DLP dan Pemulangan Wang Cagaran.


Semua Proses permohonan UiDA mengikut Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Garis Panduan ini merupakan salah satu dari Inisiatif Makmal Pembangunan Hartanah (MPH) yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 Mac hingga 9 April 2020 iaitu Inisiatif 13 : Melaksanakan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti.

Maklumat lanjut mengenai Garis Panduan ini dengan menekan pautan dibawah.


Garis Panduan GP006-A
Terdapat sebarang pertanyaan dan kekeliruan?

Anda boleh menghubungi kami atau membuat aduan menggunakan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.