FAQs - Teknikal

Adakah UiDA menyediakan maklumat kedudukan utiliti sebenar?

UiDA menyediakan pelan berdasarkan rekod utiliti dan pengesahan lapangan jika diperlukan.

Adakah kerja pengesanan utiliti (UDM) wajib?

Ya, untuk kawasan berisiko tinggi dan laluan kritikal.

Apakah format fail yang diterima (CAD/KMZ)?

Format yang diterima termasuk DWG, PDF, KMZ/KML, dan PNG untuk rujukan.

Bagaimana UiDA menentukan jarak selamat utiliti?

Jarak ditentukan mengikut standard setiap agensi seperti PBT DAN JKR.

Adakah UiDA boleh mencadangkan laluan alternatif bagi utiliti bertindih?

Ya. UiDA akan menilai data utiliti sedia ada dan mencadangkan laluan alternatif yang selamat serta mematuhi standard teknikal (Berpandukan cadangan pihak pemohon dan data utility di bawah tanah)

Adakah UiDA menetapkan standard keselamatan untuk kerja di kawasan utiliti kritikal?

Ya, UiDA menetapkan garis panduan keselamatan dan jarak selamat mengikut piawaian agensi utiliti berkaitan dengan menyediakan PELAN KAWALAN TRAFIK

Adakah laporan teknikal disediakan?

Ya, laporan teknikal lengkap akan dikeluarkan mengikut skop kerja dan keperluan agensi.

Agensi utiliti manakah yang bekerjasama dengan UiDA?

UiDA bekerjasama dengan TNB, SADA, IWK, Gas Malaysia, serta pihak berkuasa tempatan (PBT), JKR, dan agensi lain yang berkaitan projek.

Adakah laporan UDM disediakan untuk setiap projek?

Ya, laporan UDM lengkap disediakan termasuk koordinat, jenis utiliti, kedalaman, dan sebarang cadangan teknikal.

Adakah UiDA menyediakan lawatan pengesahan utiliti?

Ya, lawatan tapak akan dilakukan jika perlu untuk menyokong ulasan teknikal.

Berapa lama pihak UiDA mengambil masa untuk menyiapkan Pelan Pemetaan Utiliti?

Kurang dari 500m akan disiapkan selama 5 hari waktu bekerja. Jarak di bawah 1km akan disiapkan selama 7 hari waktu bekerja. Jarak 10km ke bawah tempoh penyediaan dalam 22 hari waktu bekerja. Jarak 10km ke atas tempoh penyediaan dalam tempoh 27 hari bekerja.